Friday, 4 December 2015

SAJAK

KERANAMU MALAYSIA

Keranamu Malaysia,
Tanah air pemilik sejahtera,
Pemimpin menjadi tonggak hidup,
Rakyat menjadi saksi,
Rela menerjah gelombang.

Nyanyian dicipta untuk negara,
Bukan hanya lidah yang bekerja,
Tetapi hati juga menjadi pembakar,
Barulah semangat patriotik tersemai,
Dunia kian membuka mata.

Keranamu Malaysia,
Bangsa bersatu berjiwa waja,
Dirikan sebuah jiwa merdeka,
Di mana terpaut cinta mulia
Darah mengalir pada jasad bertuah.

Gema laungan nama Malaysia,
Penghuni penuh dengan keazaman,
Ingatan kembali sepatah kata,
Merdeka tercapai di bumi bertuah,
Tapi tidak tercapai dengan kata-kata.

Keranamu Malaysia,
Penghuni bangkit mencapai cita-cita,
Bukan jalur jadi pandangan,
Tetapi bendera jadi sanjungan,
Di mana namamu terukir di jantung.


BUMIKU MALAYSIA
Bumiku Malaysia,
Satu nama yang terukir megah,
Di sana sini orang menyebut,
Tak lagi kelu lidah mengeja.

Malaysia bumiku Malaysia,
Rakyat bersatu mrncipta sejarah,
Menjadikan Malaysia sentiasa berkembang,


Bak cendawan kian tumbuh.

Malaysia ,
Kami anak merdeka,
Pernah bersumpah untuk setia,
Pada nusa dan bangsa.

Bumiku Malaysia,
Rakyat hidup bersatu padu,
Tanpa mengira warna kulit,
Bersatu hingga berputih tulang.

Tiada perkataan berputih mata,
Rela menganggupi apa sahaja,
Selagi hayat dikandung badan,
Takkan bisa musuh mencari kesenangan.

Bumiku Malaysia,
Menyusun langkah menuju kehadapan,
Membiarkan anak bangsa ditekan dan dihina,
Namun tetap gagah mempertahankan bumi.


JALUR GEMILANG
Jalur Gemilang,
Namamu gah sebagai Bendera Malaysia,
Berkibar megah penuh makna,
Melambai-lambai di angkasa,
Ibarat memanggil untuk bersatu.

Jalur Gemilang oh benderaku,
Membawa semangat jiwa merdeka,
Putih, biru, kuning dan merah,
Mencorak perjalanan hidup rakyat,
Agar mengulik kebahagiaan bersama-sama.

Jalur Gemilang,
Dirimu gagah berkibar,
Asal-usulmu hamper dilupa,
Dek dunia yang semakin menyanggih,
Namun namamu tetap Jalur Gemilang.

Masa berjalan bumi berputar,
Menggantikan saban hari,
Tetapi namamu tetap sama tiada bedanya,
Tetap bergelar Jalur Gemilang,
Dari dulu hingga detik kini.

Jalur Gemilang,
Berkibarlah walaupun tiada endah,
Sana sini mencipta memori,
Satukan hati rakyat Malasyia,

Janji diungkap demi keberanian.

No comments:

Post a Comment