Saturday, 12 December 2015

SITUASI MEKANISME BELA DIRI

SITUASI MEKANISME BELA DIRI

SITUASI 1

BOS SYARIKAT BERJAYA HOLDING DAN WAKIL SYARIKAT PUTRI HOLDING SEDANG MENUNGGU PEKERJA BERJAYA HOLDING UNTUK MEMBENTANGKAN PROJEK 


SITUASI 2

SETELAH WAKIL SYARIKAT PUTRI HOLDING BEREDAR, PEMBENTANG TELAH DIMARAHI OLEH BOSNYA. NAMUN BEGITU, PEKERJA TERSEBUT CUBA MEMBELA DIRINYA.


Monday, 7 December 2015

REJAB F.I

LIRIK

Rejab F.I adalah seorang penyair
Malaysia yang berasal daripada Perlis
Nama sebenarnya Rejab bin Ismail
Dilahirkan di Kampung Bongok
Padang Lati
Perlis
Pada
12 September
Sembilan belas empat puluh satu

Beliau berasal dari keluarga tani
Ayahnya bernama Ismail bin Salleh
Dan ibunya bernama Yah bin Saman
Beliau adalah seorang guru
Dan pernah memenangi
Hadiah Sastera Nasional 1971
Dan Hadiah Sastera ES\sso Gapena 1985

Itulah Rejab F.I....






Saturday, 5 December 2015

SEJARAH PENGANGKUTAN

1. JENTOLAK
    - Jentolak ialah dikeluarkan oleh syarikat pembinaan di Jerman.         Jentolak mampu menghasilkan tenaga sebanyak 3000 hp dan           digunakan dalam bidang perlombongan industri berat. jentolak         mula diperkenalkan pada 2009, mampu membawa kapasiti               sebanyak 400 tan. Jentolak ini juga berukuran 4.88 meter tinggi       dan 11.72 meter panjang.


2. JENTOLAK KREN.
    - Sejarah jentolak kren agak sama dengan jentolak. Sejarah yang       boleh wujudnya jentolak kren adalah kerana ahli pembinaan             terfikir macam mana hendak mengurangkan tenaga pekerja               yang digunakan untuk mengangkat barang terutamanya                    mengangkat barang yang berat di tempat yang tinggi.



3. KAPAL TERBANG
    - Sejenis pesawat yang digunakan untuk mengangkut manusia           atau penumpang. Kapal terbang ini telah melancarkan                       penerbangannya yang pertama pada tahun 1913. Oleh itu,                 lahirlah sebuah penerbangan komersial. Kemudian, kapal                 terbang berkembang pesat selepas perang dunia ke-2.                       Jenis kapal terbang:
     i) pesawat badang luas(penerbangan jarak jauh)
     ii)pesawat badang sempit
     iii)pesawat badang sempit dan kapal terbang kecil(penerbangan            jarak dekat)

   
4. LORI
    -Lori merupakan kenderaan yang komersial untuk                mengangkat barang dengan kuantiti yang besar di jalan      raya. Istilah lori yang digunakan di dalam Bahasa                Melayuu dipinjamkan daripada Bahasa Inggeris                 British, "lorry" manakala perkataan trak dipinjamkan         daripada Bahasa Inggeris Amerika. Secara umumnya,         istilah lori lebih banyak merujuk kepada lori-lori                 sederhana dan  berat     manakala istilak trak adalah           lebih umum dan merangkumi semua jenis lori.

5. BAS
    - Bas merupakan sebuah kenderaan jalan raya yang besar           serta direka bentuk untuk membawa penumpang yang             ramai sebagai tambahan kepada pemandu dan kadang-             kadang konduktor bas. Perkataan bas berasal daripada             perkataan latin ombinus yang bermaksud untuk semua.
      Jenis bas:  
      i) bas antara bandar
      ii)bas shuttle
      iii)bas persiaran
      iv)bas pekerja
      v) bas sekolah
      vi)bas ekspress

   


   


Friday, 4 December 2015

PUTUS CINTA-KAUNSELING

PUTUS CINTA-KAUNSELING

            Rahul ialah teman lelaki kepada Jasmine. Pada satu hari jasmine mengajak Rahul pergi makan bersama tetapi Rahul emngatakan bahawa dia emmpunyai kerja dan berada di luar pada masa itu. Setelah itu Jasmine pun berlalu pergi menuju ke café dan tiba-tiba…….JENGJENGJENG

Jasmine ternampak Rahul sedang bermesra dengan perempuan lain dan ini membuat kan Jasmiine sangat marah dan sedih kerana telah ditipu dan Rahul tipu dekat dia. Hal ini membuatkan Jasmine hilang focus dalam pelajaran dan seterusnya meroyan namun akhirnya dibantu oleh Syikin yang juga teman baik Jasmine. 


SAJAK

KERANAMU MALAYSIA

Keranamu Malaysia,
Tanah air pemilik sejahtera,
Pemimpin menjadi tonggak hidup,
Rakyat menjadi saksi,
Rela menerjah gelombang.

Nyanyian dicipta untuk negara,
Bukan hanya lidah yang bekerja,
Tetapi hati juga menjadi pembakar,
Barulah semangat patriotik tersemai,
Dunia kian membuka mata.

Keranamu Malaysia,
Bangsa bersatu berjiwa waja,
Dirikan sebuah jiwa merdeka,
Di mana terpaut cinta mulia
Darah mengalir pada jasad bertuah.

Gema laungan nama Malaysia,
Penghuni penuh dengan keazaman,
Ingatan kembali sepatah kata,
Merdeka tercapai di bumi bertuah,
Tapi tidak tercapai dengan kata-kata.

Keranamu Malaysia,
Penghuni bangkit mencapai cita-cita,
Bukan jalur jadi pandangan,
Tetapi bendera jadi sanjungan,
Di mana namamu terukir di jantung.


BUMIKU MALAYSIA
Bumiku Malaysia,
Satu nama yang terukir megah,
Di sana sini orang menyebut,
Tak lagi kelu lidah mengeja.

Malaysia bumiku Malaysia,
Rakyat bersatu mrncipta sejarah,
Menjadikan Malaysia sentiasa berkembang,


Bak cendawan kian tumbuh.

Malaysia ,
Kami anak merdeka,
Pernah bersumpah untuk setia,
Pada nusa dan bangsa.

Bumiku Malaysia,
Rakyat hidup bersatu padu,
Tanpa mengira warna kulit,
Bersatu hingga berputih tulang.

Tiada perkataan berputih mata,
Rela menganggupi apa sahaja,
Selagi hayat dikandung badan,
Takkan bisa musuh mencari kesenangan.

Bumiku Malaysia,
Menyusun langkah menuju kehadapan,
Membiarkan anak bangsa ditekan dan dihina,
Namun tetap gagah mempertahankan bumi.


JALUR GEMILANG
Jalur Gemilang,
Namamu gah sebagai Bendera Malaysia,
Berkibar megah penuh makna,
Melambai-lambai di angkasa,
Ibarat memanggil untuk bersatu.

Jalur Gemilang oh benderaku,
Membawa semangat jiwa merdeka,
Putih, biru, kuning dan merah,
Mencorak perjalanan hidup rakyat,
Agar mengulik kebahagiaan bersama-sama.

Jalur Gemilang,
Dirimu gagah berkibar,
Asal-usulmu hamper dilupa,
Dek dunia yang semakin menyanggih,
Namun namamu tetap Jalur Gemilang.

Masa berjalan bumi berputar,
Menggantikan saban hari,
Tetapi namamu tetap sama tiada bedanya,
Tetap bergelar Jalur Gemilang,
Dari dulu hingga detik kini.

Jalur Gemilang,
Berkibarlah walaupun tiada endah,
Sana sini mencipta memori,
Satukan hati rakyat Malasyia,

Janji diungkap demi keberanian.

BERITA TERKINI-PEMBUNUHAN

Pendahuluan:
Pembunuhan ialah suatu tindakan untuk menghilangkan nyawa seseorang dengan cara yang melanggar hukum mahupun yang tidak melawan hukum.
ISI 

Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan(Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati, kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Jenis pembunuhan: 

  1. Membunuh dengan sengaja
        - adalah pembunuhan yang telah dirancanakan dengan memakai alat yang boleh                    mematikan seseorang

    2.  Membunuh dengan tidak sengaja
         - sesuatu pembunuhan yang berlaku secara tidak sengaja dan tidak diingini oleh si                  pembunuh

    3. Membunuh seperti disengajakan
        - adalah perbuatan ini tidak diniatkan untuk membunuh atau mungkin hanya bermain-             main

PENUTUP
Kes pembunuhan semakin berleluasa di Malaysia. oleh itu, semua pihak wajib berganding bahu menguhulukan bantuan bagi membanteras kes ini.


Contoh kes pembunuhan yang terkini ialah:
Wanita di Bunuh, di Rogol dan di Rompak

kerani Sekolah Agama Sungai Raya di Bukit Pasir, Muar yang mempunyai anak kecil berumur 11 bulan ditemui mati dipercayai dibunuh di rumahnya di Sungai Terap, dekat sini, malam tadi. mangsa yang berumur 29 tahun telah ditemui oleh sepasukan polis selepas menerima aduan jiran mangsa yang mengesyaki sesuatu selepas mangsa dikatakan tidak keluar rumah kira-kira jam 7 malam.

ISU SEMASA-VAPE

RAMPAS TAK SELESAIKAN MASALAH



“Vape” dikenali sebagai rokok elektronik atau e-cigarette atau juga digelar vaporizer. Di Malaysia Vape semakin mendapat tempat dikalangan perokok tegar yang ingin berhenti merokok dan juga yang ingin berjimat cermat berikutkan kenaikan harga yang rokok yang tidak terkawal. Cara rokok ini berfungsi dengan mengunakan bateri, tangki e – liquid dan modular. Pada peringkat awal, teknologi e- cigarette ini tidak begitu maju dan lama kelamaan, direka dalam kawalan digital.

Negara yang mengharamkan vape adalah satu jalan yang terbaik daripada rampas vape daripada pengguna. Negara-negara yang telah mengharamkan vape ialah Kanada, Mexico, Brazil, Thailand, Singapura, Australia, Mesir dan juga Panama. Oleh itu, Kementerian Kesihatan perlu sediakan garis panduan dan kawal selia secara lebih terperinci. Kementerian boleh mengusulkan bagaimana memastikan peranti dan cecair vape selamat dengan memberikan garis panduan tertentu. Kempen-kempen juga turut diadakan bagi memastikan panduan diberitahu orang ramai dengan jelas dan betul.

Dalam pada itu, serbuan atau pemeriksaan secara mengejut perlulah kerap dijalankan bagi memantau pengguna-pengguna vape yang tidak menyalahi undang-undang. Dalam pada itu, tindakan merampas vape daripada pengguna bukanlah satu jalan penyelesaian. Pergerakan Pemuda UMNO mendesak Kementerian Kesihatan (KKM) menghentikan operasi merampas stok cecair vape sekali gus memberi pertimbangan terhadap pengusaha perniagaan berkenaan. Oleh itu, penelitian-penelitian dilakukan kepada jumlah responden yang ramai dan merupakan penelitian yang paling lama sekali dibuat berkenaan kesan EC terhadap manusia, iaitu sejak tahun 2006, 2 tahun selepas ia dicipta di China. Berpandukan penelitian-penelitian tadi, terdapat beberapa kesimpulan dibuat, iaitu:
  • .    Perokok yang mencuba kaedah berhenti merokok tetapi masih gagal berhenti merokok disarankan beralih kepada EC.
  •    Menggalakkan perokok yang gagal berhenti atau tidak mahu berhenti merokok kepada EC mampu mengurangkan risiko mereka terdedah kepada bahaya penyakit asap rokok atau kematian.
  •      Tidak ada bukti EC menganggu peratusan orang untuk berhenti merokok, malah kemungkinan ia mampu membantu meningkatkan kadar henti rokok. Kajian di kalangan bukan perokok pula membuktikan peratusan yang sangat kecil EC menyebabkan orang mula merokok.
  •     Kajian membuktikan EC membantu perokok untuk berhenti merokok atau mengurangkan jumlah rokok yang dihisap setiap hari.
  •   Apabila digunakan mengikut ketetapan, EC tidak menyebabkan keracunan nikotin pada pengguna.
  •    Persepsi pengunaan EC adalah sama bahaya seperti kesan rokok adalah tidak tepat dan pakar mengeluarkan kenyataan EC adalah 95% lebih selamat dari rokok. 
  •     Penelitan yang berterusan dan mendalam mengenai EC adalah disarankan bagi mengetahui lebih lanjut tentang kesannya pada manusia.

Melalui penilitian ini, langkah harus diambil selain daripada merampas vape tersebut daripada pengguna. Langkah yang sepatutnya harus diberi tumpuan atau membuat tinjauan yang kerap terhadap penjual vape yang mempunyai cecair nikotin. Mengikut Akta, nikotin dikategorikan dalam racun Kumpulan C dan mereka yang mengilangkan, mengedar dan menjual perlu mempunyai lesen. Bagi yang tidak mempunyai lesen secara sah akan dikenakan tindakan. Oleh itu, peraturan bagi cecair vape mestilah perlu mendapat kelulusan pihak berkaitan selepas pemeriksaan yang sewajarnya.

Kesimpulannya, rakyat mestilah bangkit dan sedar akan bahayanya rokok ataupun rokok eloktronik(vape) serta sebagai rakyat Malaysia seharusnya menyokong hasrat Kementerian Kesihatan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara bebas asap menjelang tahun 2035. Dengan itu, cabaran ini harus disahut mulai hari ini untuk di masa akan datang.


CERPEN-SAHABAT

SAHABAT ATAU KAWAN?

            Nama aku Sarah, aku merupakan anak tunggal dalam keluarga aku. Apa yang seronok jadi siswa? Dulu masa sekolah menengah rasa sangat tertarik bila dengar cikgu-cikgu berkongsi cerita pasal kisah jadi seorang siswa. Macam-macam aku bayangkan. Cikgu cakap jadi siswa tak macam pelajar sekolah sebab siswa bebas nak melakukan ape sahaja termasuklah dari segi pemakaian. Tapi satu je kenalah pandai pilih kawan. Kenapa kawan? Perasaan ingin tahu semakin membuak-buak. Apakah yang dimaksudkan oleh guruku itu. Pada suatu hari, ketika dalam kelas mata pelajaran Bahasa Melayu, cikgu memanggil aku untuk berdiri. Aku hanya menurut perintah, dan aku terus berdiri dalam keadaan keliru. Cikgu memberi soalan kepada aku “Sarah, boleh kamu bagi tahu saya apa maksud apa itu rakan dan sahabat”.

Aku mula menggarukan kepala yang tidak gatal ini sambil menjawab, “apa yang saya faham rakan dan sahabat ni tiada beza, semuanya sama yang membezakannya adalah ejaan sahaja”, belum sempat aku habiskan kata-kata yang ada dibibir aku ini, satu kelas mentertawakan aku dan
aku hanya mampu memandang ke kiri dan kanan melihat kawanku tertawa sambil tersenyum buntu. Aku sebenarnya ada yang mahu ditambahkan lagi apa yang telah aku perkatakan iaitu bagi aku juga kawan dan sahabat ini merupakan salah seorang ahli keluarga bagi aku kerana kau tidak mempunyai adik-beradik yang lain selain kawan yang ingin menjadi sebahagian dari keluarga aku. Namun melihat rakan tertawa aku terus diam dan membisu. Aku pulang ke rumah, lalu menceitakan pada ibuku, lalu ibu memberi jawapan, “belajar bersungguh-sungguh nanti bila dah masuk universiti kamu akan faham apa itu rakan dan apa itu sahabat”. Aku lantas bangun, perasaan keliru bertukar marah kerana semua orang ibarat mentertawakan di atas kekeliruan aku.

Hari berganti bulan dan bulan berganti tahun, kini aku bergelar mahasiswi. Perasaan ingin tahu tetntang rakan dan sahabat masih lagi dalam benak fikiranku. Pada semestar pertama peringkat perkenalan sahabat, ramai yang aku kenal aku berkawan. Pejam jelik pejam celik peperiksaan akhir tahun akan membuka tirai, kami sebagai siswa bertungkus-lumus belajar bersama-sama. Waktu malam ibarat siang dan waktu malam seperti siang. Perasaan penat dan lelah di abaikan, apa yang ada dalam fikiran hanyalah satu keputusan yang terbaik untuk kami hadiahkan kepada kedua ibu bapa kami. Namun begitu, dalam setiap organisasi akan berlakunya konflik, dan itulah yang berlaku terhadap diri aku. Bila tiba masa belajar secara berkumpulan aku dipinggirkan tanpa ada sebarang alasan yang kukuh. Apa yang aku tahu rakan-rakan yang lain sedang belajar tanpa pengetahuan aku. Perasaan mula sedih dan hiba memikirkan di mana salahnya aku sebagai kawan.

            Situsi semakin suram, berjalan keseorangan tiada peneman di sisi, belajar bersendirian di bilik tanpa ada teman seperjuangan. Hati aku makin bercelaru mimikirkan peperiksaan yang akan berkunjung tiba tetapi rakan seperjuangan tiada di sisi. Langkah aku makin perlahan untuk
meneruskan perjuangan tanpa manusia yang bergelar rakan di sisi. Jauh di sudut hati aku, aku cemburu melihat rakan-rakan sekelas mempunyai teman baik. kemana-mana bersama meskipun ke tandas. Aku ? Bersendirian tanpa ada rakan yang bergelar sahabat. Apakah kerana aku datangnya dari keluarga yang tidak setaraf dengan mereka atau mungkin kerana penampilan ku yang dianggap biasa-biasa ? Menitis air mataku apabila mengenangkan nasibku. Alangkah bahagianya jika aku punya rakan yang mampu memberi tunjuk ajar sementelah peperiksaan kian menghampiri. Tetapi aku harus sedar, tidak semua senang dengan aku. Oleh sebab itu, aku masih sendiri. Ya... sendiri ditemani dengan perasaan yang berbaur. Aku tidak mahu perkara ini memberi impak yang negatif untuk peperiksaan aku. Sesungguhnya  keluarga aku sangat mengharapkan kejayaan dari seorang manusia yang bergelar anak.

            Hari berganti hari, aku cuba gagahkan diri mencari jawapan dan persoalan yang tiada penghujungnya. Setiap saat aku cuba gagahkan diri mencari jawapan di atas persoalan ini. Ya Allah! Luluhnya hati aku mendengar rakan-rakan lain yang menghukum aku tanpa unsur periksa terlebih dahulu. Apa yang menjadi penghalang? Cemburu. Dalam ramai-ramai rakan seperjuangan kami ada seorang yang menajadi batu api dalam persahabatan kami. Itulah puncanya aku disisihkan. Nama rakan aku yang menjadi batu api itu kami panggil Suhaila. Dugaan ini cukup besar buat aku yang bergelar siswa yang jauh dari keluarga. Aku mengalirkan air mata sepuas-puas hati aku bila aku dapat tahu yang rakan baik aku sendiri yang menjadi batu api dalam hubungan persahabatn aku dengan rakan yang lain.

                Aku rasakan diri ini sangat hina dan berada di taraf yang paling terkutuk kerana aku pernah mendengar satu potongan ayat yang mengatakan.

"Selemah-lemah manusia ialah manusia yang tidak mempunyai sahabat di sisinya, tetapi manusia yang paling lemah dalam dunia ini ialah manusia yang mensia-siakan sahabat yang telah dicarinya selama ini" - Saidina Ali.

         Aku mula terfikir apakah yang haru aku lakukan sedangkan tiada tempat lagi untuk aku meluahkan kata-kata atau untuk dapatkan kata-kata semangat. Ya Allah andai ini dugaan yang engkau berikan aku terima sebab aku sentiasa ingat akan pesanan dari ibu bapa aku " Sarah, ingatlah bila kamu di alam universiti kamu akan bertemu dengan bermacam jenis perangai manusia, jadi kamu mesti tabah menghadapinya kerana Allah meghantar seseorang itu adalah untuk menguji kita". Pesanan itu mengiyang-ngiyang di telinga aku sampai aku jadikan kata-kata itu sebagai kata semangat dan pembakar harapan untuk aku agar tidak mudah putus asa. 

             Cuti semesta telah bermula, aku melagkah kaki berseorangan lagi untuk pulang ke kampung tanpa kawan dan sahabat yang menemani seperjalanan pulang kami ke kampung. Bas Ekspress berhenti tepat di mata aku, "Bas Ekspress! Sintok ke Kota Bharu.". Ye, bas aku telah sampai tepat pada masanya. Kaki mula melangkah dan berdiri di anak tangga bas tersebut sambil memandang kiri dan kanan untuk mencari tempat dudukku. Dalam keadaan yang sama mata aku ini terpandang satu kelompok kawan yang sedang gembira dan tertawa. Dan tanpa disedari juga mereka itu adalah sahabat aku. Tiada kata yang boleh dilafaskan hanya mampu berjalan dan mata tunduk melihat rapat ke bumi. 

              Tepat jam 4 pagi aku telah sampai ke tanah air aku. Kepulangan aku kali ini adalah untuk mengosongkan fikiran serta membuka azam baru sambil mengambil kata-kata semangat daripada keluargaku. Percutian aku tanpa sahabat dan tanpa khabar dari mereka, itulah yang mampu aku katakan sekarang Ibu ku masuk ke dalam bilik, lalu memegang erat bahu aku, sambil berkata-kata "tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi noktahnya kerana seorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain walaupun dalam bayangnya". Aku terus memeluk erat ibuku dan menangis sepuas-puasnya. 

               Aku mencapai telefon yang ada di atas meja di sudut bilik, lalu cuba menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada rakanku, dengan harapan agar aku diberi peluang untuk menjadi sahabatnya seperti dulu walaupun dia pernah menjadi batu api dalam hubungan persahabatan aku dengan yang lain. Dengan mudahnya dia lidahya berkata "aku rindukan kau Sarah". Air mata membasahi pipiku tanpa aku sedari. Ya Allah sungguh mulia nilai persahabatn kami. 

                Masa bercuti telahpun habis, itu tandanya tiba masa untuk aku pulang ke uiveristi untuk kembali menjadi seorang siswa. Perasaan gembira untuk jumpa dengan sahabat semakin berkoba-koba. Setelah sampai di bilik penginapanku, aku melihat satu surat yang ditampal di cermin bilik dan surat itu mengatakan bahawa,

Salam Sarah, ini aku Mira. Aku tulis surat ini hanya untuk memberitahu bahawa aku sudah tidak akan tinggal lagi satu bilik dengan kamu lagi. Aku harap kau akan jumpa kawan sebilik yang baru yang boleh tahan dengan perangai engkau, aku harap kau faham apa yang aku maksudkan dan sampai sini sahaja persahabatan kita, sekian". 

                Lutut ku menyembah lantai, apa yang telah berlaku, dan apa yang dimaksudkan dalam surat ini? Apa yang dah aku lakukan terhadap rakan aku tanpa aku sedari telah melukakan hati mereka. Aku mula melihat kembali disebalik gambar-gambar yang ada dalam telefon aku, satu per satu gambar kami yang menunjukkan kami bahagia pada kertika itu. Hati aku mula terdetik adakah Suhaila melakukan perkara ini lagi sehingga rakan sebilik aku juga telah berubah hati. Tanpa aku melengahkan masa, aku bangun dan capai tudung menuju ke bilik Suhaila. "Suhaila, aku nak tanya ada apa-apa perkara yang aku tidak tahukah yang menyebabkan rakan sebilik aku tidak senang dengan perangai aku, apa salah aku? Lalu Suhaila menjawab "eh, itu hal korang lah aku tak mahu ambik tau dan tak mahu ambil tahu, apa yang aku dapat kalau aku ambil tahu. Dan untuk pengetahuan kau Sarah, kau tak akan dapar perhatian yang lebih daripada kawan-kawan sebab mereka sekarang dah percaya dengan kata-kata aku bukan kata-kata yang keluar dari mulut busuk dan mulut kampung macam kau ni". 

              Kaki aku laju mengatakan lari lah Sarah lari. Lari sekuat hati yang engkau mahukan dan jauh dari mereka yang sudah lupa dan tidak akan ambil tahu lagi tentang kamu. Tanpa berfikir panjang aku berkari sekuat hati dan tiba-tiba sebuah kereta datang melulu ke hadapan aku. Damp!! Cepat-cepat aku membuka mataku, rupa-rupanya aku telahpun berada di bawah katil. Emm, mimpi rupanya. Aku hanya mampu mengukirkan senyuman, tapi bagi aku mimpi tadi adalah suatu mesej yang hendak disampaikan kepada aku agar berhati-hati dalam memilih rakan dan sahabat. 





            

RENCANA-SAHABAT

Pemilihan rakan yang baik akan menentukan sikap dan tindakan seseorang remaja. Tulis sebuah karangan tentang rakan yang anda kagumi.


Sentiasa menolong dalam kesusahan dan senang
è sentiasa memahami dan menemani ketika susah
è berat sama dipikul ringan sama dijinjing
è memahami bila berada dalam kesedihan(mempunyai jalan penyelesaian)

Memberikan tauladan yang baik
è sahabat yang boleh mengajak melakukan kebaikan
Cth: meluangkan masa di masjid (solat berjemaah)
è mempunyai nilai-nilai moral

           Sentiasa sedia menjadi pendengar
è mendengar luahan daripada kawan
è berfungsi menjadi tulang belakang semasa menghadapi masalah
è sentiasa memberikan nasihat dan dorongan bila kawan dalam kesedihan



KARANGAN

Dalam kehidupan manusia sememangnya kita memerlukan seorang sahabat yang baik. Hal ini demikian kerana sahabat mampu menghilangkan rasa bosan. Maksudnya, sahabat mampu mewarnai kehidupan rakan-rakan yang ada disekelilingnya. Namun begitu, kita mestilah pandai dalam memilih sahabat yang betul.

Rakan yang menjadi idaman saya ialah rakan yang sentiasa menolong saya ketika dalam kesenangan dan kesusahan. Rakan yang baik akan sentiasa berada di sisi dan menemani sahabatnya ketika dalam kesusahan dan kesulitan berlaku. Bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Dalam pada itu, rakan yang baik juga akan sentiasa memahami kita ketika kita berada dalam keadaan sedih. Sahabat akan cuba menenangkan kita agar masalah yang dirasakan oleh kita turut dirasakan sama.

Seterusnya, rakan yang saya ingin juga ialah rakan yang mampu membawa saya ke jalan yang benar atau jalan yang di redhai oleh-Nya. Rakan seperti ini mampu mencerminkan peribadi dan tauladan yang baik kepada kita agar tidak melakukan perkara yang buruk. Sebagai contoh, sentiasa mengajak ke masjid untuk solat berjemaah bersama-sama agar hidup sentiasa diberkati. Secara automatik, sikap atau nilai-nilai yang ditunjukkan ini akan menyebabkan masyarakat lain akan memandang tinggi kerana mempunyai nilai-nilai moral yang baik.

Rakan yang menjadi pendengar yang setia kepada saya juga amat penting bagi saya. Hal ini demikian kerana, sahabat yang menjadi pendengar setia akan mendengar setiap luahan hati kita dan tanpa menceritakan kepada orang lain atau menjatuhkan aib kita. Pendengar yang setia juga merupakan tulang belakang bagi hubungan persahabatan kita. Rakan seperti ini juga mampu memberi nasihat dan dorongan kepada kita ketika mempunyai masalah.

       Kesimpulannya, sahabat memang memainkan peranan yang penting dalam keidupan semua orag tanpa mengira umur, kaum dan jantina. Oleh itu, sahabat mestilah sentiasa ada dalam apa jua keadaan. Perhubungan sahabat juga perlu dijaga dan menganggap persahabatan tersebut seperti isi dan kuku.




GEJALA SOSIAL

GEJALA SOSIAL

Remaja merupakan golongan pewaris kepimpinan hari ini dan penerus wawasan negara. Kepesatan
pembangunan ekonomi & teknologi telah memberi kesan kepada pembangunan sosial & insaniah remaja. Kerajaan & juga pelbagai pihak lain berusaha untuk mendidik remaja di dalam membentuk remaja yang berkualiti untuk memimpin negara dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat IPT. Namun, di dalam zaman siber ini, keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meruncing hingga menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat. Jika dulu masalah sosial hanya berlaku di kawasan bandar yang membangun dan kota besar, masalah sosial ini turut menular di kawasan luar bandar. Lebih menyedihkan, remaja berusia seawal usia 11 tahun telah pun terjebak di dalam masalah ini. Di antara masalah yang seringkali berlaku di kalangan remaja ialah:

1. Samseng & Gengsterisme

     Gejala samseng & gengsterisme yang berlaku di sekolah menengah semakin membimbangkan. Adakalanya kerana terpengaruh dengan rakan sebaya, remaja menyertai kumpulan gengster di luar. Kebiasaannya apabila kumpulan gengster ini dibentuk di sekolah,kumpulan ini akan mengambil kesempatan untuk membuli pelajar yang lemah. Mereka tidak takut kepada sesiapa kerana merasakan sudah kuat & boleh membuat apa sahaja. Amaran keras dari pihak sekolah dan hukuman dibuang atau digantung dari persekolahan tidak menjadi masalah besar buat mereka. Kumpulan ini bukan sekadar membuli pelajar yang lemah, malah ada yang lebih berani mula terbabit di dalam penyalahgunaan dadah, mencuri, mengugut & yang lebih kronik terbabit dalam jenayah berat seperti merogol & membunuh. Pada zaman sekarang pergaduhan berlaku tidak kira kaum lelaki dengan lelaki, perempuan dengan lelaki malahperempuan dan lelaki. Semua pergaduhan dalam kalangan pelajar ini sekarang telah menjadi viral. Tiada perasaan belas kasihan dan tolak ansur antara satu sama lain. Manakala rakan-rakan yang ada bukan mengahalang malah memberi sokongan lagi untuk mereka bergaduh.