Pemilihan
rakan yang baik akan menentukan sikap dan tindakan seseorang remaja. Tulis
sebuah karangan tentang rakan yang anda kagumi.
è
sentiasa memahami dan menemani ketika susah
è
berat sama dipikul ringan sama dijinjing
è
memahami bila berada dalam kesedihan(mempunyai jalan penyelesaian)
Memberikan tauladan yang baik
Cth:
meluangkan masa di masjid (solat berjemaah)
è
mempunyai nilai-nilai moral
Sentiasa sedia menjadi pendengar
è
mendengar luahan daripada kawan
è
berfungsi menjadi tulang belakang semasa menghadapi masalah
è
sentiasa memberikan nasihat dan dorongan bila kawan dalam kesedihan
KARANGAN
Dalam
kehidupan manusia sememangnya kita memerlukan seorang sahabat yang baik. Hal
ini demikian kerana sahabat mampu menghilangkan rasa bosan. Maksudnya, sahabat
mampu mewarnai kehidupan rakan-rakan yang ada disekelilingnya. Namun begitu,
kita mestilah pandai dalam memilih sahabat yang betul.
Rakan
yang menjadi idaman saya ialah rakan yang sentiasa menolong saya ketika dalam
kesenangan dan kesusahan. Rakan yang baik akan sentiasa berada di sisi dan
menemani sahabatnya ketika dalam kesusahan dan kesulitan berlaku. Bak kata
pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Dalam pada itu, rakan yang
baik juga akan sentiasa memahami kita ketika kita berada dalam keadaan sedih. Sahabat
akan cuba menenangkan kita agar masalah yang dirasakan oleh kita turut
dirasakan sama.
Seterusnya,
rakan yang saya ingin juga ialah rakan yang mampu membawa saya ke jalan yang
benar atau jalan yang di redhai oleh-Nya. Rakan seperti ini mampu mencerminkan
peribadi dan tauladan yang baik kepada kita agar tidak melakukan perkara yang
buruk. Sebagai contoh, sentiasa mengajak ke masjid untuk solat berjemaah
bersama-sama agar hidup sentiasa diberkati. Secara automatik, sikap atau
nilai-nilai yang ditunjukkan ini akan menyebabkan masyarakat lain akan
memandang tinggi kerana mempunyai nilai-nilai moral yang baik.
Rakan
yang menjadi pendengar yang setia kepada saya juga amat penting bagi saya. Hal ini
demikian kerana, sahabat yang menjadi pendengar setia akan mendengar setiap
luahan hati kita dan tanpa menceritakan kepada orang lain atau menjatuhkan aib
kita. Pendengar yang setia juga merupakan tulang belakang bagi hubungan
persahabatan kita. Rakan seperti ini juga mampu memberi nasihat dan dorongan
kepada kita ketika mempunyai masalah.
Kesimpulannya, sahabat memang memainkan
peranan yang penting dalam keidupan semua orag tanpa mengira umur, kaum dan
jantina. Oleh itu, sahabat mestilah sentiasa ada dalam apa jua keadaan.
Perhubungan sahabat juga perlu dijaga dan menganggap persahabatan tersebut
seperti isi dan kuku.


No comments:
Post a Comment