GEJALA
SOSIAL
Remaja merupakan golongan pewaris kepimpinan
hari ini dan penerus wawasan negara. Kepesatan
pembangunan ekonomi & teknologi telah memberi kesan kepada pembangunan sosial & insaniah remaja. Kerajaan & juga pelbagai pihak lain berusaha untuk mendidik remaja di dalam membentuk remaja yang berkualiti untuk memimpin negara dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat IPT. Namun, di dalam zaman siber ini, keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meruncing hingga menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat. Jika dulu masalah sosial hanya berlaku di kawasan bandar yang membangun dan kota besar, masalah sosial ini turut menular di kawasan luar bandar. Lebih menyedihkan, remaja berusia seawal usia 11 tahun telah pun terjebak di dalam masalah ini. Di antara masalah yang seringkali berlaku di kalangan remaja ialah:

1.
Samseng & Gengsterisme
Gejala samseng &
gengsterisme yang berlaku di sekolah menengah semakin membimbangkan. Adakalanya
kerana terpengaruh dengan rakan sebaya, remaja menyertai kumpulan gengster di
luar. Kebiasaannya apabila kumpulan gengster ini dibentuk di sekolah,kumpulan
ini akan mengambil kesempatan untuk membuli pelajar yang lemah. Mereka tidak
takut kepada sesiapa kerana merasakan sudah kuat & boleh membuat apa sahaja.
Amaran keras dari pihak sekolah dan hukuman dibuang atau digantung dari
persekolahan tidak menjadi masalah besar buat mereka. Kumpulan ini bukan
sekadar membuli pelajar yang lemah, malah ada yang lebih berani mula terbabit
di dalam penyalahgunaan dadah, mencuri, mengugut & yang lebih kronik
terbabit dalam jenayah berat seperti merogol & membunuh. Pada zaman
sekarang pergaduhan berlaku tidak kira kaum lelaki dengan lelaki, perempuan
dengan lelaki malahperempuan dan lelaki. Semua pergaduhan dalam kalangan
pelajar ini sekarang telah menjadi viral. Tiada perasaan belas kasihan dan
tolak ansur antara satu sama lain. Manakala rakan-rakan yang ada bukan
mengahalang malah memberi sokongan lagi untuk mereka bergaduh. 
No comments:
Post a Comment