RAMPAS
TAK SELESAIKAN MASALAH
“Vape”
dikenali sebagai rokok elektronik atau e-cigarette atau juga digelar vaporizer.
Di Malaysia Vape semakin
mendapat tempat dikalangan perokok tegar yang ingin berhenti merokok dan juga
yang ingin berjimat cermat berikutkan kenaikan harga yang rokok yang tidak
terkawal. Cara rokok ini berfungsi dengan mengunakan bateri, tangki e – liquid
dan modular. Pada peringkat awal, teknologi e- cigarette ini tidak begitu maju
dan lama kelamaan, direka dalam kawalan digital.
Negara
yang mengharamkan vape adalah satu jalan yang terbaik daripada rampas vape
daripada pengguna. Negara-negara yang telah mengharamkan vape ialah Kanada,
Mexico, Brazil, Thailand, Singapura, Australia, Mesir dan juga Panama. Oleh
itu, Kementerian Kesihatan perlu sediakan garis panduan dan kawal selia secara
lebih terperinci. Kementerian boleh mengusulkan bagaimana memastikan peranti
dan cecair vape selamat dengan memberikan garis panduan tertentu. Kempen-kempen
juga turut diadakan bagi memastikan panduan diberitahu orang ramai dengan jelas
dan betul.
Dalam
pada itu, serbuan atau pemeriksaan secara mengejut perlulah kerap dijalankan
bagi memantau pengguna-pengguna vape yang tidak menyalahi undang-undang. Dalam
pada itu, tindakan merampas vape daripada pengguna bukanlah satu jalan
penyelesaian. Pergerakan Pemuda UMNO mendesak Kementerian Kesihatan (KKM)
menghentikan operasi merampas stok cecair vape sekali gus memberi pertimbangan
terhadap pengusaha perniagaan berkenaan. Oleh itu, penelitian-penelitian dilakukan
kepada jumlah responden yang ramai dan merupakan penelitian yang paling lama
sekali dibuat berkenaan kesan EC terhadap manusia, iaitu sejak tahun 2006, 2
tahun selepas ia dicipta di China. Berpandukan penelitian-penelitian tadi,
terdapat beberapa kesimpulan dibuat, iaitu:
- . Perokok yang mencuba kaedah berhenti merokok tetapi masih gagal berhenti merokok disarankan beralih kepada EC.
- Menggalakkan perokok yang gagal berhenti atau tidak mahu berhenti merokok kepada EC mampu mengurangkan risiko mereka terdedah kepada bahaya penyakit asap rokok atau kematian.
- Tidak ada bukti EC menganggu peratusan orang untuk berhenti merokok, malah kemungkinan ia mampu membantu meningkatkan kadar henti rokok. Kajian di kalangan bukan perokok pula membuktikan peratusan yang sangat kecil EC menyebabkan orang mula merokok.
- Kajian membuktikan EC membantu perokok untuk berhenti merokok atau mengurangkan jumlah rokok yang dihisap setiap hari.
- Apabila digunakan mengikut ketetapan, EC tidak menyebabkan keracunan nikotin pada pengguna.
- Persepsi pengunaan EC adalah sama bahaya seperti kesan rokok adalah tidak tepat dan pakar mengeluarkan kenyataan EC adalah 95% lebih selamat dari rokok.
- Penelitan yang berterusan dan mendalam mengenai EC adalah disarankan bagi mengetahui lebih lanjut tentang kesannya pada manusia.
Melalui
penilitian ini, langkah harus diambil selain daripada merampas vape tersebut daripada
pengguna. Langkah yang sepatutnya harus diberi tumpuan atau membuat tinjauan
yang kerap terhadap penjual vape yang mempunyai cecair nikotin. Mengikut Akta,
nikotin dikategorikan dalam racun Kumpulan C dan mereka yang mengilangkan,
mengedar dan menjual perlu mempunyai lesen. Bagi yang tidak mempunyai lesen
secara sah akan dikenakan tindakan. Oleh itu, peraturan bagi cecair vape
mestilah perlu mendapat kelulusan pihak berkaitan selepas pemeriksaan yang
sewajarnya.
Kesimpulannya,
rakyat mestilah bangkit dan sedar akan bahayanya rokok ataupun rokok
eloktronik(vape) serta sebagai rakyat Malaysia seharusnya menyokong hasrat
Kementerian Kesihatan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara bebas asap
menjelang tahun 2035. Dengan itu, cabaran ini harus disahut mulai hari ini
untuk di masa akan datang.



No comments:
Post a Comment