SAHABAT ATAU KAWAN?
Nama
aku Sarah, aku merupakan anak tunggal dalam keluarga aku. Apa yang seronok jadi siswa? Dulu masa sekolah menengah rasa sangat
tertarik bila dengar cikgu-cikgu berkongsi cerita pasal kisah jadi seorang
siswa. Macam-macam aku bayangkan. Cikgu cakap jadi siswa tak macam pelajar
sekolah sebab siswa bebas nak melakukan ape sahaja termasuklah dari segi
pemakaian. Tapi satu je kenalah pandai pilih kawan. Kenapa kawan? Perasaan
ingin tahu semakin membuak-buak. Apakah yang dimaksudkan oleh guruku itu. Pada suatu
hari, ketika dalam kelas mata pelajaran Bahasa Melayu, cikgu memanggil aku
untuk berdiri. Aku hanya menurut perintah, dan aku terus berdiri dalam keadaan
keliru. Cikgu memberi soalan kepada aku “Sarah, boleh kamu bagi tahu saya apa maksud
apa itu rakan dan sahabat”.
Aku
mula menggarukan kepala yang tidak gatal ini sambil menjawab, “apa yang saya
faham rakan dan sahabat ni tiada beza, semuanya sama yang membezakannya adalah
ejaan sahaja”, belum sempat aku habiskan kata-kata yang ada dibibir aku ini, satu kelas mentertawakan aku dan
aku hanya mampu memandang ke kiri dan kanan melihat kawanku tertawa sambil tersenyum buntu. Aku sebenarnya ada yang mahu ditambahkan lagi apa yang telah aku perkatakan iaitu bagi aku juga kawan dan sahabat ini merupakan salah seorang ahli keluarga bagi aku kerana kau tidak mempunyai adik-beradik yang lain selain kawan yang ingin menjadi sebahagian dari keluarga aku. Namun melihat rakan tertawa aku terus diam dan membisu. Aku pulang ke rumah, lalu menceitakan pada ibuku, lalu ibu memberi jawapan, “belajar bersungguh-sungguh nanti bila dah masuk universiti kamu akan faham apa itu rakan dan apa itu sahabat”. Aku lantas bangun, perasaan keliru bertukar marah kerana semua orang ibarat mentertawakan di atas kekeliruan aku.

Hari
berganti bulan dan bulan berganti tahun, kini aku bergelar mahasiswi. Perasaan ingin
tahu tetntang rakan dan sahabat masih lagi dalam benak fikiranku. Pada semestar pertama peringkat perkenalan sahabat, ramai yang aku kenal aku berkawan. Pejam jelik pejam celik peperiksaan akhir tahun akan membuka tirai, kami sebagai
siswa bertungkus-lumus belajar bersama-sama. Waktu malam ibarat siang dan waktu
malam seperti siang. Perasaan penat dan lelah di abaikan, apa yang ada dalam
fikiran hanyalah satu keputusan yang terbaik untuk kami hadiahkan kepada kedua
ibu bapa kami. Namun begitu, dalam setiap organisasi akan berlakunya konflik, dan
itulah yang berlaku terhadap diri aku. Bila tiba masa belajar secara
berkumpulan aku dipinggirkan tanpa ada sebarang alasan yang kukuh. Apa yang aku
tahu rakan-rakan yang lain sedang belajar tanpa pengetahuan aku. Perasaan mula
sedih dan hiba memikirkan di mana salahnya aku sebagai kawan.
Situsi semakin suram, berjalan
keseorangan tiada peneman di sisi, belajar bersendirian di bilik tanpa ada
teman seperjuangan. Hati aku makin bercelaru mimikirkan peperiksaan yang akan
berkunjung tiba tetapi rakan seperjuangan tiada di sisi. Langkah aku makin
perlahan untuk
meneruskan perjuangan tanpa manusia yang bergelar rakan di sisi. Jauh di sudut hati aku, aku cemburu melihat rakan-rakan sekelas mempunyai teman baik. kemana-mana bersama meskipun ke tandas. Aku ? Bersendirian tanpa ada rakan yang bergelar sahabat. Apakah kerana aku datangnya dari keluarga yang tidak setaraf dengan mereka atau mungkin kerana penampilan ku yang dianggap biasa-biasa ? Menitis air mataku apabila mengenangkan nasibku. Alangkah bahagianya jika aku punya rakan yang mampu memberi tunjuk ajar sementelah peperiksaan kian menghampiri. Tetapi aku harus sedar, tidak semua senang dengan aku. Oleh sebab itu, aku masih sendiri. Ya... sendiri ditemani dengan perasaan yang berbaur. Aku tidak mahu perkara ini memberi impak yang negatif untuk peperiksaan aku. Sesungguhnya keluarga aku sangat mengharapkan kejayaan dari seorang manusia yang bergelar anak.

Hari berganti hari, aku cuba
gagahkan diri mencari jawapan dan persoalan yang tiada penghujungnya. Setiap saat aku cuba gagahkan diri mencari jawapan di atas persoalan ini. Ya Allah!
Luluhnya hati aku mendengar rakan-rakan lain yang menghukum aku tanpa unsur
periksa terlebih dahulu. Apa yang menjadi penghalang? Cemburu. Dalam
ramai-ramai rakan seperjuangan kami ada seorang yang menajadi batu api dalam
persahabatan kami. Itulah puncanya aku disisihkan. Nama rakan aku yang menjadi batu api itu kami panggil Suhaila. Dugaan ini cukup besar buat
aku yang bergelar siswa yang jauh dari keluarga. Aku mengalirkan air mata
sepuas-puas hati aku bila aku dapat tahu yang rakan baik aku sendiri yang
menjadi batu api dalam hubungan persahabatn aku dengan rakan yang lain.
Aku rasakan diri ini sangat hina dan berada di taraf yang paling terkutuk kerana aku pernah mendengar satu potongan ayat yang mengatakan.
"Selemah-lemah manusia ialah manusia yang tidak mempunyai sahabat di sisinya, tetapi manusia yang paling lemah dalam dunia ini ialah manusia yang mensia-siakan sahabat yang telah dicarinya selama ini" - Saidina Ali.

Aku mula terfikir apakah yang haru aku lakukan sedangkan tiada tempat lagi untuk aku meluahkan kata-kata atau untuk dapatkan kata-kata semangat. Ya Allah andai ini dugaan yang engkau berikan aku terima sebab aku sentiasa ingat akan pesanan dari ibu bapa aku " Sarah, ingatlah bila kamu di alam universiti kamu akan bertemu dengan bermacam jenis perangai manusia, jadi kamu mesti tabah menghadapinya kerana Allah meghantar seseorang itu adalah untuk menguji kita". Pesanan itu mengiyang-ngiyang di telinga aku sampai aku jadikan kata-kata itu sebagai kata semangat dan pembakar harapan untuk aku agar tidak mudah putus asa.
Cuti semesta telah bermula, aku melagkah kaki berseorangan lagi untuk pulang ke kampung tanpa kawan dan sahabat yang menemani seperjalanan pulang kami ke kampung. Bas Ekspress berhenti tepat di mata aku, "Bas Ekspress! Sintok ke Kota Bharu.". Ye, bas aku telah sampai tepat pada masanya. Kaki mula melangkah dan berdiri di anak tangga bas tersebut sambil memandang kiri dan kanan untuk mencari tempat dudukku. Dalam keadaan yang sama mata aku ini terpandang satu kelompok kawan yang sedang gembira dan tertawa. Dan tanpa disedari juga mereka itu adalah sahabat aku. Tiada kata yang boleh dilafaskan hanya mampu berjalan dan mata tunduk melihat rapat ke bumi.
Tepat jam 4 pagi aku telah sampai ke tanah air aku. Kepulangan aku kali ini adalah untuk mengosongkan fikiran serta membuka azam baru sambil mengambil kata-kata semangat daripada keluargaku. Percutian aku tanpa sahabat dan tanpa khabar dari mereka, itulah yang mampu aku katakan sekarang Ibu ku masuk ke dalam bilik, lalu memegang erat bahu aku, sambil berkata-kata "tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi noktahnya kerana seorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain walaupun dalam bayangnya". Aku terus memeluk erat ibuku dan menangis sepuas-puasnya.
Aku mencapai telefon yang ada di atas meja di sudut bilik, lalu cuba menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada rakanku, dengan harapan agar aku diberi peluang untuk menjadi sahabatnya seperti dulu walaupun dia pernah menjadi batu api dalam hubungan persahabatan aku dengan yang lain. Dengan mudahnya dia lidahya berkata "aku rindukan kau Sarah". Air mata membasahi pipiku tanpa aku sedari. Ya Allah sungguh mulia nilai persahabatn kami.
Masa bercuti telahpun habis, itu tandanya tiba masa untuk aku pulang ke uiveristi untuk kembali menjadi seorang siswa. Perasaan gembira untuk jumpa dengan sahabat semakin berkoba-koba. Setelah sampai di bilik penginapanku, aku melihat satu surat yang ditampal di cermin bilik dan surat itu mengatakan bahawa,
Salam Sarah, ini aku Mira. Aku tulis surat ini hanya untuk memberitahu bahawa aku sudah tidak akan tinggal lagi satu bilik dengan kamu lagi. Aku harap kau akan jumpa kawan sebilik yang baru yang boleh tahan dengan perangai engkau, aku harap kau faham apa yang aku maksudkan dan sampai sini sahaja persahabatan kita, sekian".
Lutut ku menyembah lantai, apa yang telah berlaku, dan apa yang dimaksudkan dalam surat ini? Apa yang dah aku lakukan terhadap rakan aku tanpa aku sedari telah melukakan hati mereka. Aku mula melihat kembali disebalik gambar-gambar yang ada dalam telefon aku, satu per satu gambar kami yang menunjukkan kami bahagia pada kertika itu. Hati aku mula terdetik adakah Suhaila melakukan perkara ini lagi sehingga rakan sebilik aku juga telah berubah hati. Tanpa aku melengahkan masa, aku bangun dan capai tudung menuju ke bilik Suhaila. "Suhaila, aku nak tanya ada apa-apa perkara yang aku tidak tahukah yang menyebabkan rakan sebilik aku tidak senang dengan perangai aku, apa salah aku? Lalu Suhaila menjawab "eh, itu hal korang lah aku tak mahu ambik tau dan tak mahu ambil tahu, apa yang aku dapat kalau aku ambil tahu. Dan untuk pengetahuan kau Sarah, kau tak akan dapar perhatian yang lebih daripada kawan-kawan sebab mereka sekarang dah percaya dengan kata-kata aku bukan kata-kata yang keluar dari mulut busuk dan mulut kampung macam kau ni".
Kaki aku laju mengatakan lari lah Sarah lari. Lari sekuat hati yang engkau mahukan dan jauh dari mereka yang sudah lupa dan tidak akan ambil tahu lagi tentang kamu. Tanpa berfikir panjang aku berkari sekuat hati dan tiba-tiba sebuah kereta datang melulu ke hadapan aku. Damp!! Cepat-cepat aku membuka mataku, rupa-rupanya aku telahpun berada di bawah katil. Emm, mimpi rupanya. Aku hanya mampu mengukirkan senyuman, tapi bagi aku mimpi tadi adalah suatu mesej yang hendak disampaikan kepada aku agar berhati-hati dalam memilih rakan dan sahabat.
Cuti semesta telah bermula, aku melagkah kaki berseorangan lagi untuk pulang ke kampung tanpa kawan dan sahabat yang menemani seperjalanan pulang kami ke kampung. Bas Ekspress berhenti tepat di mata aku, "Bas Ekspress! Sintok ke Kota Bharu.". Ye, bas aku telah sampai tepat pada masanya. Kaki mula melangkah dan berdiri di anak tangga bas tersebut sambil memandang kiri dan kanan untuk mencari tempat dudukku. Dalam keadaan yang sama mata aku ini terpandang satu kelompok kawan yang sedang gembira dan tertawa. Dan tanpa disedari juga mereka itu adalah sahabat aku. Tiada kata yang boleh dilafaskan hanya mampu berjalan dan mata tunduk melihat rapat ke bumi.
Tepat jam 4 pagi aku telah sampai ke tanah air aku. Kepulangan aku kali ini adalah untuk mengosongkan fikiran serta membuka azam baru sambil mengambil kata-kata semangat daripada keluargaku. Percutian aku tanpa sahabat dan tanpa khabar dari mereka, itulah yang mampu aku katakan sekarang Ibu ku masuk ke dalam bilik, lalu memegang erat bahu aku, sambil berkata-kata "tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi noktahnya kerana seorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain walaupun dalam bayangnya". Aku terus memeluk erat ibuku dan menangis sepuas-puasnya.
Aku mencapai telefon yang ada di atas meja di sudut bilik, lalu cuba menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada rakanku, dengan harapan agar aku diberi peluang untuk menjadi sahabatnya seperti dulu walaupun dia pernah menjadi batu api dalam hubungan persahabatan aku dengan yang lain. Dengan mudahnya dia lidahya berkata "aku rindukan kau Sarah". Air mata membasahi pipiku tanpa aku sedari. Ya Allah sungguh mulia nilai persahabatn kami.
Masa bercuti telahpun habis, itu tandanya tiba masa untuk aku pulang ke uiveristi untuk kembali menjadi seorang siswa. Perasaan gembira untuk jumpa dengan sahabat semakin berkoba-koba. Setelah sampai di bilik penginapanku, aku melihat satu surat yang ditampal di cermin bilik dan surat itu mengatakan bahawa,
Salam Sarah, ini aku Mira. Aku tulis surat ini hanya untuk memberitahu bahawa aku sudah tidak akan tinggal lagi satu bilik dengan kamu lagi. Aku harap kau akan jumpa kawan sebilik yang baru yang boleh tahan dengan perangai engkau, aku harap kau faham apa yang aku maksudkan dan sampai sini sahaja persahabatan kita, sekian".
Lutut ku menyembah lantai, apa yang telah berlaku, dan apa yang dimaksudkan dalam surat ini? Apa yang dah aku lakukan terhadap rakan aku tanpa aku sedari telah melukakan hati mereka. Aku mula melihat kembali disebalik gambar-gambar yang ada dalam telefon aku, satu per satu gambar kami yang menunjukkan kami bahagia pada kertika itu. Hati aku mula terdetik adakah Suhaila melakukan perkara ini lagi sehingga rakan sebilik aku juga telah berubah hati. Tanpa aku melengahkan masa, aku bangun dan capai tudung menuju ke bilik Suhaila. "Suhaila, aku nak tanya ada apa-apa perkara yang aku tidak tahukah yang menyebabkan rakan sebilik aku tidak senang dengan perangai aku, apa salah aku? Lalu Suhaila menjawab "eh, itu hal korang lah aku tak mahu ambik tau dan tak mahu ambil tahu, apa yang aku dapat kalau aku ambil tahu. Dan untuk pengetahuan kau Sarah, kau tak akan dapar perhatian yang lebih daripada kawan-kawan sebab mereka sekarang dah percaya dengan kata-kata aku bukan kata-kata yang keluar dari mulut busuk dan mulut kampung macam kau ni". Kaki aku laju mengatakan lari lah Sarah lari. Lari sekuat hati yang engkau mahukan dan jauh dari mereka yang sudah lupa dan tidak akan ambil tahu lagi tentang kamu. Tanpa berfikir panjang aku berkari sekuat hati dan tiba-tiba sebuah kereta datang melulu ke hadapan aku. Damp!! Cepat-cepat aku membuka mataku, rupa-rupanya aku telahpun berada di bawah katil. Emm, mimpi rupanya. Aku hanya mampu mengukirkan senyuman, tapi bagi aku mimpi tadi adalah suatu mesej yang hendak disampaikan kepada aku agar berhati-hati dalam memilih rakan dan sahabat.

No comments:
Post a Comment